I don’t want to be your number one. Number one implies that theres a number two and maybe a number three.
I want to be your ONLY one

Tuesday, August 25, 2009

Kelebihan Ramadan




· Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
· Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
· Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :

(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
· Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
· Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
· Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
· Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
· Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
· Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
· Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
· Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
· Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
· Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
o - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
o - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
o - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
o - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

o
- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

o
- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

o
Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
· Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
·
o Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
o Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
o Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
o Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
o Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
§ Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
§ Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
·
o "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
o "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
·
o "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
·
o "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
· Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
· Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
· Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
· Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
· Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
· Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
· Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
· Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
· Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
· Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

HAPY BDAY ADEK....


jun2009

hapy bday to u!!!!!!
hapy bday to u!!!!
hapy bday to u kaer!!
hapy bday to u!!!!!

wah.....adekku....da 5 thn ya...smga sht2 slalu...cpt2 mmbesar...jgn nakal2....tahun dpn mest suda p skolah...ndak blh ndak mau lagi....hehehe....

wah nda sngka besar suda c adek ya....aishhh...dulu ingt lagi....bla tau mau dpt adek lagi...kami mati2 ndak mau..ya la....mklum la,kami smua suda bsar2...tb2 ada lagi adek kecik...mcm2 kami pk...susa la,bla adek kecik...leceh...huhuh....tp skng len plak...kami bsyukur sbb ada dia dlm family....dia la penyeri dlm keluarga kami....rumah jadi kecoh sbb kehadirannya...lau dia nda da sunyi la rumah tu...my parent pn sunyi..ya la kami smua suda bsar2...jauh2 agi tu....so,c adek la peneman my parent....heehehe...wlupn nakal,tp xpe itu sifat bdak2....apa2 pn my adek...kakak bsyukur sbb dpt ada sorg ag...lengkap la adek bradek kita....i got 1 abg,1 kakak,2 adek pmpuaan n 1 adek lelaki.....so:

HAPY BDAY MOHAMMAD KHAIR AIMAN BIN ABDUL KARIM
25th August 2004-25th August 2009


merdeka 2008


syawal 2008




Monday, August 24, 2009

panas dlm sejuk

org sombong slalunya nda da ramai kawan....kenapa?.....sbb:

1)dia hdup dlm kelompok dia je...(sendri2)

2)dia rasa dia hbt

3)dia rasa dia leh hdup tnpa org len...tp hakiktnya x....

4)dia xtau cara bkomunikasi yg btul...rsnya org mcm ni kena blaja komunikasi ngan lagi mendalam...

5)dia xda kwn sbb xda org mau kawan ngan dia...itu yg plng pntg k....so pathetic...hahaha

6)xtau cara mghormati org....look so low class..

7).......byk ag....xtau nk pk da...hahaha.....

so kawan2 ku n adek2 ku trutamanya....jgn la jadi bgtu...sesungguhnya org yg mcm ni mmg xkan happy n xda ramai kawan....mau ka duk sorg2?....makan sorg2?...nk kuar pn xda yg teman...kena blanja org baru ada yg teman....wat for ada kwn mcm tu kan????....org bkwn pn sbb kesian...bkn sbb mau bkwn...i juz feel dat slagi kita muda ni,kt harus mghargai ms kita ni...enjoy n hang out wif ur frenz....chill la.....napa perlu bt sesuatu bnda yg kecik jadi serius....sdgkan kita rasa bnda tu blh d setel ngan cara bek...baru la dikatakan kita ni org yg berpendidikan tinggi...lau tdak sama je la kita ni ngan org2 yg kat luar yg xda pendidikan....ckp ikt sdp mulut...xpk akibat d kemudian hari....pecaya la bahawa,satu hari nanti,org yg mcm ni akan dtg blik pada kita bla dia rasa dia perlukan kita....pada ms tu kita akan tau bahwa dia ni mmg xleh hdup sndiri...cuma blagak yg dia blh....EGOO....kita ni manusia yg hdup di dunia ni saling memerlukan satu sama lain...so kita kena jaga phubungan kita sesama insan,...kita xleh duk sndri....mmg xblh....we need each other....tp apa akan jadi lau org tu kera sumbang....blh ke dia hdup dlm komuniti ni?....dpt x dia survive?....susa la....lau dpt pn sbb dia talam dua muka....so,pliz jgnla hipokrit n sombong...hdup ni hanya sementara....smua yg kita ada d dunia ni hanya pinjaman...lambat laun lau DIA mau ambl,bla2 masa dia ambl....

Sunday, August 23, 2009

quick quiz from my sis....



1)Beside your lips,where is the favourite spot to get kissed?
**hahaha....:-p

2) How did you feel when you woke up this morning?
**pagi ka ak bngn??...hahaha...apa2 pn ak tbngn sbb cayunk msj..so,prasaan hapy la sbb dia ingt beby dia ni..hehehe

3) Who was the last person / people you took photo with?
**oohh...ak nda ingt....sjk 2 menjak ni ak suka ambl gmbr sndri2...nda da spa2 yg mau bgmbr ngan ak.hahaha

4) Would you consider yourself spoiled?
**not really....ada skit2 la...

5) Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
**of coz la....smpi skng mash ag ok.....

6) Do you want someone to be dead?
**hahaa....b4 diz ada..tp skng bla pk balik...gila apa ak mau org tu mati..eeeee....

7) What does your last text message say?
**send:--yuhuu??... received:-otw ni...t msj....>>>>msj2 ni agak sengal...hahahhaa....send from me received from cayunk...

8) What are you thinking right now?
**mau siapkn kuiz ni.....buka posa...mysyg...duettt.......keja2 ku yg blambak....

9) Do you want someone to be with you right now?
**yes....i wan u....

10) What was the time you went to bed last night?
**5.20am rasnya

11) Where did you buy the tee you are wearing now?
**aku pakai baju tdo k...bukan tee....nda ingt suda...lama suda beli ni...

12) Is someone on your mind right now?
**yes....im waiting him to msj me...hehehe

13) Who was the last person who text you?
**mysyg la...

LUCKY person to do this quiz.
1)sapa2 jak yg bca blog ni...i tag u all...hahahahha...jwb2..u r d lucky one...

Sunday, August 9, 2009

22 years old...

thanx to my frenz for d celebration...wlupn lewt tp best...ingt jgk korg ek...hehhe....thanx to:
1)sya2,wieyna & emma mitta-the coordinator 4 dat suprise....
2)wawa,hana,dja & cken.....thanx ye sbb sudi memeriahkan bday aritu....

korg mmg best....hehehe...terharu ok....

ejan..hapy bday 22 years old....

orait....spt besa smua org wish bday to me...n mysyng adalah org ptama wish mlm tu...tpt kul 12am ok....hehehe....thanx syg...pastu baru la smua kwn2...n plng nda d sngka,diz time my mom wish me ngan special hope...hahah...nda pnh2 ckp...kali ni my mom wish supaya cpt2 dpt jodoh...hahaha....rasa lucu plak...mak....apasal tb2 ckp psl jodoh....lama lagi...huk3...tp ak gtau my mom...mak doakan la spy jodoh bkekalan...so nnt baru la cpt kawin...hahhaa...ni mst mak ak anggp ak ni da sesuai kawin,yela mana tdaknya...kazen aku yg sebaya ngan aku bakal melangsungkn hari bahagia mac tahun dpn...ooo mak....sy mau kawin...tp blum masnya....study pn nda hbs ag....hehehe....tunggguuuuuuuuuuuuuu........nnt sy bawa menantu mak dtg sbah...next may ok....

Wednesday, August 5, 2009

Sayang.....Cobalah untuk setia

Apalah mau mu kasih(sayang)
kau (sayang)plih diriku
di dalam hidupmu
nyatanya ku lihat kini
tak bisa kau (sayang) coba untuk setia
sudah cukuplah sudah
ku memberikan waktu
kau (sayang)selalu tak bisa
mencoba untuk setia
yang selalu ku inginkan
yang selalu ku nanti
kau (sayang)coba untuk mengerti
apalah arti mencinta
dan harus kau (sayang)sadari
bila ingin bersamaku
jangan coba kau(sayang) ingkari
cobalah untuk setia....
masihkah aku diinginkan
masihkah aku digambarkan
masih ada waktu untukmu(sayang)
bersamamu (sayang)akankah ku jalani hidup....

Monday, August 3, 2009

TRAGEDI

BAD MOOD.......HATI HANCUR........:-(

Saturday, August 1, 2009

Lelaki Nakal Ghairahkan Wanita

Hari ini aku tbaca satu artikel kat gua.com.my..ak sebenarnya bosan sgt2 kat kampus ni....da la hujan...so...mcari la artikel2 yg best utk dbca...artikel kat bawah ni actually ttg satu statement yg mengatakan "Lelaki Nakal Ghairahkan Wanita"...hahaha...mcm menarik kan tajuk tu...so ak pn bacala...kat bwah ni adalah info yg ak dpt dlm artikel tu...heheheh..so korg bacala....korg leh pk smada apa yg dikatakan tu btul atau pn hnya dongeng semata...

Kenakalan lelaki mencetuskan fantasi-fantasi nakal di fikiran wanita dan imej-imej menarik, dan ini akan merembeskan adrenaline ke tubuh mereka lantas menimbulkan perasaan teruja. Tidak kiralah samada fantasi nakal di fikiran wanita itu direalisasikan oleh si lelaki atau tidak, persepsi yang wujud itu lebih penting dari realiti. Semuanya bermula di minda! Oleh kerana itu wanita gemarkan lelaki kaya, lelaki kacak dan seterusnya lelaki nakal.

Persepsi 1:
Lelaki nakal pandai mengurat dan tidak takut untuk mendekati wanita! Pendekatan mereka lebih berani dan jika ditolak sekali pun mereka cool sahaja. Sekurang-kurangnya mereka berani memberitahu dan si wanita itu pun sudah tahu yang mereka berminat. Yang lainnya terpulang kepada yang empunya diri. Sifat berani dan cool yang ada pada lelaki-lelaki nakal ini menggiurkan! Kalaupun mereka ini sebenarnya takut untuk approach wanita, persepsi wanita tentang lelaki nakal adalah sebaliknya.

Persepsi 2:
Temujanji atau dating dengan lelaki nakal tidak membosankan kerana mereka tahu cari aktiviti menarik dan luarbiasa untuk menghiburkan teman wanita. Itu pasallah mat rock atau mereka yang pandai main gitar selalu jalan dengan girlfriend. Kalau pun hanya pergi tengok wayang, ‘tengok wayang’nya lebih menarik berbanding lelaki poyo dan baik.

Persepsi 3:
Lelaki nakal tidak terdesak. Mereka ini datangnya daripada golongan lelaki yang tidak menggelabah, tidak kecoh dan tidak berlagak, Semuanya sedap-sedap sederhana. Sifat lelaki yang begini mengghairahkan wanita.

Persepsi 4:
Kenderaan lelaki nakal tidak biasa. Mana ada lelaki nakal naik kereta biasa-biasa, paling-paling pun tayar kena ada sport rim atau serba sedikit modifikasi. Kereta sedan yang biasa tidak diterima pakai oleh golongan ini. Takkan lelaki nakal hanya naik motor biasa. Kurang-kurang pun kena kapcaikan sikit motor. Barulah seksi, barulah awek mari!

Persepsi 5:
Lelaki nakal selalunya pandai main alat muzik dan terdapat dua pendapat tentang mereka yang ini. Pertama, mereka pandai menggunakan tangan dan jari-jemari. Kedua, mereka pandai bermain dengan melodi untuk mencairkan hati. Wanita memang akan lemah dengan skill ini.

Persepsi 6:
Lelaki nakal sering menjadi pilihan atau idaman ramai wanita! Sifat semulajadi wanita ialah suka membuat perempuan lain cemburu. Dan apabila wanita dapat bertemankan lelaki nakal, kadar cemburu wanita lain kepadanya meningkat berkali ganda. Kombinasi yang sempurna!

Persepsi 7:
Mereka ini pandai bergaya. Secara amnya wanita suka bergaya dan jika digandingkan dengan pasangan yang bergaya, mereka akan kelihatan lebih bergaya. Dan sila kembali ke persepsi 6 yang akan menbuatkan wanita lebih gembira.

So guys...mcmana?....btul x apa yg dikatakan tu?...huhuh..ak sndri pn konpius...mybe ada btulnya..tp xla smua...so...korg pk2 kan la ye....
Daisypath Anniversary tickers

Nuffnang Ads